Urus Harta & Pusaka Dengan Lebih Mudah

Kami bantu waris urus permohonan pusaka di JKPTG Daerah, Mahkamah Tinggi Sivil dan Amanah Raya dengan pengalaman lebih 25 tahun.

Tentang Agensi Mawarith

25 Tahun Bantu Urus Harta & Pusaka

Dengan pengalaman lebih 25 tahun, Agensi Mawarith bantu waris urus harta dan pusaka dengan langkah yang jelas dan teratur. Kami tahu urusan ini boleh jadi rumit, jadi kami bantu semak dokumen, terangkan pilihan dan urus permohonan yang diperlukan.

  • verified Lebih 25 tahun pengalaman.
  • gavel Biasa urus JKPTG, Mahkamah Sivil & Syariah.
  • volunteer_activism Penerangan mudah untuk setiap waris.
Perbincangan urus harta dan pusaka

Masalah Biasa Waris

Selepas kehilangan orang tersayang, urusan pusaka dan dokumen pula boleh buat waris rasa buntu.

Waris yang tidak tahu nak mula

Tak Tahu Nak Mula

Banyak agensi dan langkah yang perlu dilalui buat waris tak pasti nak mula dari mana.

Waris yang tiada masa

Tak Cukup Masa

Kerja dan urusan harian buat waris susah nak ulang-alik ke pejabat kerajaan.

Dokumen pusaka yang hilang

Dokumen Tak Jumpa

Geran, sijil kematian atau dokumen penting yang hilang boleh lambatkan urusan pusaka.

Servis Yang Kami Bantu

Permohonan perintah JKPTG

Perintah JKPTG

Bantu urus permohonan pembahagian harta pusaka kecil di JKPTG Daerah.

Mahkamah Tinggi Sivil

Mahkamah Tinggi Sivil

Bantu sediakan permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) dan Geran Probet.

Pengesahan hibah

Pengesahan Hibah

Bantu urus pengesahan hibah dan harta sepencarian di Mahkamah Syariah.

Sijil faraid

Sijil Faraid

Permohonan sijil faraid untuk tentukan bahagian waris mengikut hukum syarak.

Wasiat dan hibah

Wasiat & Hibah

Bantu rancang wasiat dan hibah supaya urusan harta lebih teratur.

Situasi Waris Yang Kami Biasa Bantu

Waris anak perempuan sahaja

Anak Perempuan Sahaja

Bantu faham pilihan pembahagian apabila waris hanya ada anak perempuan.

Waris anak angkat

Anak Angkat

Rancang hibah atau wasiat untuk beri peruntukan kepada anak angkat.

Waris tiada zuriat

Tiada Zuriat

Bantu pasangan tanpa anak rancang pembahagian harta dengan lebih awal.

Kes kematian berlapis

Kematian Berlapis

Bantu susun rantaian pusaka yang tertangguh atau belum selesai.

Kata Waris Yang Kami Bantu

Antara pengalaman waris yang pernah mendapatkan bantuan Agensi Mawarith.

format_quote

"Proses jadi lebih mudah. Agensi Mawarith bantu saya urus permohonan pusaka di JKPTG dengan jelas."

Puan Aminah

Kes Anak Perempuan

format_quote

"Kes kematian berlapis keluarga kami yang tertangguh bertahun- tahun akhirnya dapat disusun satu demi satu."

Encik Razak

Kes Kematian Berlapis

format_quote

"Sesi kaunseling waris bantu kami faham tentang faraid dan cara pembahagian harta."

Cik Farhana

Kes Tiada Zuriat

format_quote

"Dokumen hibah arwah bapa diurus dengan teliti. Terima kasih atas panduan yang mudah difahami."

Haji Idris

Pengesahan Hibah

format_quote

"Geran asal hilang, tapi Agensi Mawarith bantu kami tahu langkah yang perlu dibuat."

Encik Shahrul

Dokumen Hilang

format_quote

"Lepas sediakan wasiat, saya rasa lebih tenang tentang urusan harta untuk anak-anak."

Puan Zaiton

Wasiat & Perancangan

Soalan Yang Selalu Ditanya

Jawapan ringkas tentang urusan harta dan pusaka.

Biasanya berapa lama proses permohonan pusaka? expand_more
Tempoh bergantung pada jenis permohonan dan agensi yang terlibat. Secara umum, urusan JKPTG boleh ambil sekitar 6 hingga 12 bulan. Tempoh Mahkamah Tinggi pula bergantung pada keadaan setiap kes.
Perlu ke mahkamah sendiri kalau guna khidmat Agensi Mawarith? expand_more
Kami bantu urus kebanyakan dokumen dan urusan pejabat. Tetapi untuk perbicaraan atau pengesahan di hadapan pendaftar atau hakim, waris atau pentadbir biasanya perlu hadir mengikut arahan mahkamah.
Dokumen apa yang perlu disediakan untuk mula? expand_more
Biasanya perlu Sijil Kematian, Kad Pengenalan waris, Sijil Nikah atau Lahir dan dokumen harta seperti Geran Tanah, Buku Bank atau Penyata KWSP.
Boleh ke mohon kalau geran asal dah hilang? expand_more
Boleh. Kami bantu buat carian rasmi dan mohon geran gantian di Pejabat Tanah yang berkaitan.
Ada konsultasi online untuk waris di luar Pahang? expand_more
Ya, kami boleh buat konsultasi melalui panggilan video atau WhatsApp untuk waris di seluruh Malaysia.

Perlukan bantuan urus pusaka?

Nak Tanya Dulu?

Kami bantu waris di Temerloh, Mentakab dan daerah-daerah lain di Pahang. Konsultasi online juga tersedia untuk waris di luar daerah.

Bincang Dengan Kami event_available